Pasti ramai diantara kita yang sering menanam tanaman di rumah dengan tujuan untuk menghiasi kawasan rumah selain mendapat menfaat darinya seperti kitaran udara yang bersih dan sebagainya.
Sungguhpun begitu, tidak semua tanaman sesuai ditanam di kawasan rumah kita. Ini kerana ada tanaman ini yang dari luarannya memang nampak cantik namun sebenarnya ianya beracun.
Pusat Racun Negara menerusi muatan yang dikongsinya ada menyatakan bahawa sejenis tumbuhan yang lazim ditanam sebagai penghias pagar di rumah bernama bunga corong atau bunga loceng ini sebenarnya beracun. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Pokok Bunga Corong atau di sesetengah tempat dikenali sebagai Bunga Loceng selalu dijadikan tanaman pagar di sekeliling rumah.
Seluruh bahagian pokok ini mengeluarkan getah apabila dipetik atau dipatahkan namun yang paling beracun adalah bunga dan buahnya.
Dalam perubatan tradisional Melayu, pokok ini digunakan bagi mengubati kudis buta, gatal-gatal dan kurap dengan kaedah melumatkan daunnya dan kemudian disapukan pada tempat bermasalah tersebut.
Kandungan bahan ALLAMANDIN, ISOPLUMERICIN dan PLUMERICIN dalam getahnya boleh menyebabkan rasa loya, muntah, cirit birit, dahaga yang teramat sangat, kekeringan di dalam mulut, mengantuk, keletihan dan disorientasi. Ia juga berupaya menyebabkan keradangan pada kulit.
Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia
Sumber: Pusat Racun Negara