Gambar via news-medical.net

Selalu Diserang Migrain?, Ini 6 Petua Dikongsikan KKM Untuk Elakkan Migrain

Aziezzan

Migrain merupakan sakit kepala yang menyerang seseorang secara berulang kali. Mengikut kebiasaan, sakit migrain hanya dirasai pada bahagian sebelah kepala sahaja. Boleh dikatakan, ramai juga yang pernah mengalami perkara tersebut.

Pun begitu, terdapat juga cara yang boleh dilakukan untuk mengelakkan migrain daripada terus ‘menghantui’ diri anda. Menerusi perkongsian di laman Twitter KKMalaysia, terdapat 6 petua yang boleh dilakukan untuk mengelakkan migrain.

  1. Elakkan minuman tinggi kafein

  2. Elakkan stres

  3. Elakkan makanan masin, proses, berkeju

  4. Tidur dan rehat secukupnya

  5. Bersenam

  6. Pengambilan diet seimbang

Sumber : Kementerian Kesihatan Malaysia.