Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini memaklumkan bahawa sela masa bagi vaksinasi dos penggalak untuk vaksin Pfizer dan AstraZeneca boleh diberi seawal tiga bulan selepas menerima vaksin primer.
Menterinya, YB Khairy Jamaluddin berkata sela masa itu disyorkan oleh badan Regulatori seperti di United Kingdom, Kanada dan Australia serta panel pakar kesihatan selepas melihat hasil kajian berkaitan dos penggalak.
Difahamkan, bukti kukuh yang telah terkumpul sejak tiga minggu lalu menunjukkan bahawan vaksin penggalak COVID-19 berkemungkinan meningkatkan perlindungan terhadap jangkitan varian Omicron.
Hasil kajian awal melibatkan 21 juta pemberian dos penggala yang dijalankan di United Kingdom juga telah menunjukkan data keselamatan yang amat meyakinkan.
“Kumpulan kerja teknikal telah menilai bukti sedia ada dan memberi saranan baru mengenai dos penggalak COVID-19.
“Oleh yang demikian, untuk Malaysia kita telah membuat keputusan untuk sela masa bagi vaksinasi dos penggalak untuk vaksin Pfizer dan juga vaksin AstraZeneca boleh diberi sekurang-kurangnya tiga bulan pemberian dos kedua vaksin primer,” kata Khairy dalam sidang media petang ini.
Sumber: KKMPutrajaya, Khairykj