Hospital Wuhan dilaporkan kekurangan kakitangan selepas kira-kira 500 petugas hospital di daerah itu telah disahkan dijangkiti dengan koronavirus pada pertengahan Januari.
Walaupun pihak kerajaan China melaporkan berkenaan dengan kes jangkitan yang melibatkan petugas kesihatan, namun ianya tidak menyeluruh, dan menurut sumber SCMP, para doktor dan jururawat telah dimaklumkan untuk tidak mendedahkan kepada awam.

Tujuan tindakan tersebut tidak dijelaskan, namun pihak berkuasa telah cuba untuk menyuntik semangat petugas kesihatan barisan hadapan ini, terutamanya berikutan dengan kematian Li Wenliang, yang telah meninggal dunia akibat virus berkenaan.
Semua yang dijangkiti termasuk 100 staf dari Hospital Wuhan Xiehe dan Hospital Renmin dari Universiti Wuhan dengan 50 kes lagi dari Hospital Wuhan Nombor 1 dan Hospital Zhongnan.
Satu kajian yang diterbitkan oleh doktor dari Hospital Zhongnan di dalam The Journal of the American Medical Association pada Jumaat dan menyatakan bahawa sekitar 40 orang petugas kesihatan telah dijangkiti.
Jumlah jangkitan yang tinggi ini juga memberi cabaran kepada kakitangan hospital yang lain dan juga dijadikan petunjuk penting bahawa penyakit ini mudah disebarkan dan dijangkiti di hospital.
Sumber: SCMP