
Sekurang-kurangnya 30 Cedera Dalam Kebakaran Roda Ferris
Sekurang-kurangnya 30 pengunjung cedera apabila sebuah roda Ferris Festival Highfield di Tasik Stormthaler, Jerman dilaporkan terbakar, lapor NDTV.
Difahamkan, dalam kejadian kira-kira jam 9.13 malam waktu tempatan, turut memusnahkan dua buah gondola roda Ferris bersempena pesta musim panas berkenaan.
Menurut laporan New York Post, empat mangsa yang tercedera merupakan pegawai polis.
Kebakaran bermula di salah satu gondola dan dengan cepat merebak ke gondola lain, hingga mengakibatkan orang ramai mula berasa cemas.
Satu klip yang beredar memaparkan roda Ferris itu masih berputar walaupun dua gondola sudah dijilat api hingga kepulan asap hitam tebal naik ke langit.
BACA: Catwalk Lee Zii Jia Buat Pusat Beli-Belah ‘Bergema’
Sementara itu, jurucakap polis, Josephin Sader memberitahu kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh anggota bomba tempatan.
“Pada masa ini, kami mengetahui bahawa terdapat lebih 30 orang yang cedera, termasuk empat pegawai polis yang cedera, tetapi kesemua mereka mungkin cedera ringan,” katanya.
Menurut pusat taman tema itu, dua daripadanya cedera parah manakala mangsa lain hanya mengalami kes-kes ringan seperti terhidu asap.
Dalam pada itu, penyanyi rap Jerman Ski Aggu mendapat arahan untuk meneruskan persembahannya sewaktu kejadian. Ia bagi mengelakkan semua pengunjung semakin cemas.
BACA: Mayat Tanpa Identiti Ditemui Hampir Reput Di Kawasan Belukar
BACA: Arab Saudi Bakal Bina Taman Tema Dragon Ball Pertama Di Dunia
Sumber: NDTV World