Seorang kanak-kanak berusia tiga tahun di Kota Pasuruan dikatakan telah disunatkan oleh jin, memetik laporan Detik News.
Menurut laporan, keluarga kepada kanak-kanak itu berkongsikan kebimbangan dan ketakutan mereka selepas kejadian ‘aneh’ itu.
Kejadian itu dikatakan berlaku pada Khamis lalu, selepas waktu Maghrib kira-kira jam 6:00 petang Waktu Indonesia Barat (WIB). Pada waktu itu, kanak-kanak tersebut dibawah jagaan neneknya, Sutasi.
Menurut Rusman, anaknya kemudian pergi membuang air kecil dan dipercayai pada waktu itu dia disunatkan.
Disebabkan tiada kesan darah dan tiada parut, neneknya cuba untuk memulihkan kemaluan cucunya itu kepada bentuk asal tetapi usahanya gagal.
Gara-gara panik, Rusman kemudiannya menghubungi petugas kesihatan.
Menurut laporan lagi, kejadian yang menimpa kanak-kanak itu dikatakan segera tular dan menimbulkan kekecohan penduduk kampung. Penduduk kampung percaya bahawa kanak-kanak itu sudah dikhatan oleh jin.
Menurut Zainal, penduduk kampung percaya bahawa budak itu dikhatankan oleh jin kerana pernah berlaku di beberapa tempat.
Sumber: Detik News