Berikutan dengan kerajaan benarkan kepada individu yang terkandas dibenarkan rentas negeri, hari ni melalui sidang media yang disampaikan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa sekatan jalan raya melibatkan rentas negeri masih dikekalkan.
Tempoh yang ditetapkan untuk rentas negeri hanya dari 7 Mei hingga 10 Mei sahaja. Lebih daripada tarikh tersebut, rakyat perlukan mengikut SOP yang ditetapkan oleh pihak, katanya dalam sidang media hari ini. (Rujuk video minit ke 5:36)
“Suka saya ingatkan bahawa tarikh rentas negeri hanya 7 haribulan hingga 10 haribulan sahaja. Sekatan jalan raya untuk rentas negeri kekal seperti PKP 1, 2 dan 3 masih ada sebab itu ada sekatan daripada polis. ”
Sumber: Sidang Media MKN