Susulan pengumuman kebenaran aktiviti rentas negeri oleh Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi, Polis DiRaja Malaysia turut mengeluarkan kenyataan rasmi bahawa sekatan jalan raya (SJR) di sempadan negeri akan ditutup bermula tengah malam ini.
Pun begitu, SJR di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD), Op Benteng dan cegah jenayah atau keselamatan akan dikekalkan.
Meskipun tiada lagi sekatan jalan raya di sempadan negeri, PDRM akan tetap menggerakkan pasukan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) bagi memastikan masyarakat sentiasa mengamalkan SOP.


Sumber: PDRM