Hari ini tular satu ciapan dari laman Twitter Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) yang hanya memberi info kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) bahawa surat kebenaran bekerja tidak perlu cop polis melalui laman Twitter sahaja.
Tindakan menerima pelbagai reaksi dari pelbagai pihak kerana ramai mempertikaikan penyampaian info melalui media sosial kemungkinan tidak sampai kepada anggota polis yang menjaga Sekatan Jalan Raya (SJR).
Sebentar tadi, MITI dalam satu ciapan terbaharu memaklumkan bahawa, maklumat secara terus juga telah diberikan kepada pihak polis. Makluman melalui laman Twitter adalah sekadar untuk perhatian team media sosial sahaja.
“Saluran kami ini adalah salah satu saluran utama untuk pihak awam mendapatkan maklumat secara tepat. Semoga perkara ini jelas,” kata MITI.
Sumber: MITI