Kumpulan Simpanan Wang Pekerja memaklumkan bahawa pengguna tidak lagi perlu melakukan Janji Temu Online (JTO) untuk segala transaksi di kaunter KWSP.
Perkara itu dimaklumkan oleh KWSP melalui laman Twitter di mana perkara ini bermula pada 1 Novermber 2021.
Walau bagaimanapun, hanya urusan yang melibatkan Khidmat Nasihat Persaraan (RAS) sahaja yang masih memerlukan individu untuk membuat Janji Temu Online (JTO).
Sumber: KWSP