
Seekor spesies anjing Cavalier King Charles Spaniel yang berusia 4 bulan kini mendapat gelaran sebagai “Timbalan Anjing” sheriff Florida setelah diselamatkan dari buaya yang menyeretnya ke dalam air.

Pejabat Sheriff Lee County menghormati anak anjing itu yang diberi nama Gunner, dalam upacara pada 8 Disember lalu yang menyaksikan anjing tersebut ditabalkan sebagai “pegawai keselamatan.”
“Adakah kamu bersumpah untuk menegakkan undang-undang perlembagaan untuk Pejabat Sheriff Lee County, Gunner?” Sheriff Lee County Carmine Marceno bertanya kepada Gunner semasa upacara tersebut berlangsung. “Hari ini hari yang besar, mulai sekarang kamu adalah detektif, ok?” Gunner membalas dengan memberikan ciuman pada sheriff sebelum menerima lencana “Wakil Anjing”.
Hanya sebulan sebelumnya, anak anjing kecil itu terkunci di rahang buaya yang menariknya ke kolam di halaman belakang rumah keluarganya. “Ketika itu, kami baru saja berjalan di tepi kolam,” kata pemilik Gunner, Richard Wilbanks, kepada CNN dalam wawancara sebelumnya, “dan ia keluar dari air seperti peluru berpandu. Saya tidak pernah menyangka seekor buaya capai kepantasan seperti itu. Begitu cepat.”
“Saya secara automatik melompat ke dalam air,” kata Wilbanks.
Terima kasih kepada Wilbanks, Gunner selamat dengan hanya satu luka tusukan di perutnya. walau bagaimanapun, tangan ayahnya dalam keadaan lebih teruk dan memerlukan rawatan doktor.
Program Wakil Anjing Haiwan Peliharaan di Pejabat Lee County merekrut penduduk dan haiwan peliharaan mereka untuk “berfungsi sebagai pengintip masyarakat semasa berjalan-jalan setiap hari.”
Program ini mendorong pemilik haiwan peliharaan untuk mengawasi kegiatan yang mencurigakan ketika mereka keluar berjalan-jalan dengan binatang peliharaan mereka. Mereka juga diminta untuk melaporkan penderaan binatang di kawasan kejiranan mereka dan membantu pejabat sheriff mencegahnya.
“Ketekunan dan perjuangan untuk bertahan hidup Gunner membuktikan dia calon yang tepat sebagai Pegawai Keselamatan dalam komuniti Anjing!” kata pejabat sheriff di Facebook.
Sumber- CNN