Gambar: SUKE

Sebuah Bongkah Konkrit Jatuh Di Lorong Tengah MRR2 Pagi Tadi

Nur Adnin

Sebuah bongkah konkrit dilaporkan telah jatuh dari sebuah lori di lorong tengah Lebuhraya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) selepas Hillview menghala ke arah Ampang.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi Twitter SUKE Expressway pagi tadi dan turut berkongsikan foto konkrit tersebut yang menghalang laluan lalu lintas.

Walau bagaimanapun, SUKE Expressway juga memaklumkan bahawa bongkah konkrit itu bukanlah daripada projek SUKE. Dalam ciapan itu juga, pihak mereka meminta pengguna mematuhi arahan petugas trafik di lokasi.

Difahamkan, kesesakan berlaku di laluan tersebut pada pagi tadi ekoran halangan bongkah tersebut. Namun menerusi ciapan terkini selepasnya, laluan tengah itu dilapor sudah dibuka kembali.

Sumber: Twitter SUKE Expressway