“Sebiji Macam Poster Filem Melayu,” Lelaki Ini Kongsi Hasil Kerja Kreatif Cikgu Buat Ramai Terhibur By Edayu 27 Januari 2021 1:55am Gaya hidup Foto: Cakcibo Terbang Tugas seorang guru bukan sahaja mengajar malah menggembirakan anak-anak murid mereka. Tidak dinafikan menjadi seorang guru seharusnya perlukan kreativiti bukan sahaja daripada sesi pengajaran malah untuk menceriakan sekitar sekolah.Seperti perkongsian menarik daripada pengguna Facebook ini, Shahrul Akram atau Cakcibo Terbang yang merupakan salah seorang waris pelajar sekolah berkenaan berkongsi hasil kerja keatif cikgu di Sekolah Rendah Raja Muda Musa di Kuala Kangsar ini.Katanya semasa dihubungi, dia hadir ke sekolah tersebut untuk uruskan urusan anak-anak bersekolah. Jadi, semasa lalu di lorong tersebut, dia ternampak poster menarik ini dan terus kongsikan di laman Facebooknya.“Keatif cikgu-cikgu sekolah ni, sebijik macam poster filem Melayu.”Setahu saya ade cikgu yang cakap, ada seorang ustaz yang mengajar kat sekolah ni dia memang rajin buat editing ni. Itulah yang dia buat gambar-gambar ni untuk sekolah.“Lorong ini diberi nama lorong senyuman, sesiapa yang lalu di sini pasti akan tersenyum…”Sebab nama lorong ni tak salah saya lorong senyuman. Cikgu-cikgu ni letak sesuatu yang akan membuatkan orang tersenyum bile lalu lorong ni.Sumber: Cakcibo Terbang