Selepas sembilan tahun, mayat seorang lelaki dilaporkan telah ditemui terbaring di rumahnya di Oslo.
Menurut The Guardian, mayat itu ditemui oleh seorang pekerja yang melakukan penyelenggaraan di bangunan apartmen pada Disember lalu.
Polis Norway mengatakan bahawa lelaki itu adalah dalam lingkungan usia 60 tahun dan telah berkahwin lebih dari satu kali dan juga mempunyai anak.
Jiran-jiran pula selama ini menyangka bahawa dia telah berpindah. Mereka juga menyifatkan lelaki itu sebagai seorang pendiam dan pemalu.
Sementara itu, pihak polis percaya lelaki itu meninggal dunia pada April 2011. Ia hasil penelitian berdasarkan sebotol susu dan sepucuk surat yang dijumpai di apartemen miliknya.

Hasil bedah siasat yang dijalankan menunjukkan kematian warga emas itu sebagai semula jadi.
Pencennya juga telah dihentikan pada tahun 2018 kerana Pentadbiran Tenaga Kerja dan Kebajikan Norway (NAB) tidak dapat menghubunginya, tetapi bilnya terus dibayar secara automatik dari akaun banknya.
“Berdasarkan gambar yang kami miliki, dapat dilihat bahawa dia adalah orang yang tidak banyak berkomunikasi dengan orang lain.
“Ini adalah kes khas dan membuatkan kami tertanya-tanya bagaimana ia boleh berlaku,” kata Inspektor polis Oslo, Grete Lien Metlid.
Sumber: The Guardian