Pihak Berkuasa Samoa memberi amaran bahawa tidak akan bertoleransi dengan sebarang propaganda mengenai antivaksin.
Salah seorang daripada aktivis antivaksin yang berkempen di sosial media telah ditahan kerana menentang usaha imunisasi secara besar-besaran yang dibuat kerajaan atas wabak demam campak yang telah meragut nyawa rakyat Samoa baru-baru ini.
Sekurang-kurangnya 63 orang yang kebanyakannya kanak-kanak telah dilaporkan meninggal dunia sejak wabak tersebut tular pada pertengahan Oktober lalu.
Krisis tersebut didakwa berpunca daripada golongan antivaksin yang mempengaruhi pemikiran golongan ibu bapa bahawa suntikan imunisasi tersebut adalah merbahaya.
Kementerian Komunikasi Samoa, Afamasaga Rico menyatakan bahawa golongan antivaksin ini telah menyebarkan teori konspirasi tersebut.
“Golongan antivaksin ini telah bertindak membantutkan usaha kami,” katanya kepada TVNZ.
“Kami mempunyai kanak-kanak yang telah meninggal dunia selepas menjadikan hospital sebagai tempat terakhir untuk mendapatkan bantuan.”
“Kami mendapati bahawa mesej yang disebarkan oleh golongan antivaksin ini telah sampai kepada keluarga kanak-kanak ini dan sebab itulah mereka tidak membawa anak-anak mereka ini ke hospital,” ujarnya.
Tambahnya lagi, “Jangan masuk campur, jangan sumbangkan peningkatan kepada jumlah kematian yang sedia ada setakat ini”.
Salah seorang daripada gerakan antivaksin yang ditahan pada Khamis lepas itu telah didakwa atas tuduhan melanggar perintah daripada kerajaan.
Pihak berkuasa menyatakan bahawa mereka terpaksa menahan lelaki itu selepas dia bertindak mengendahkan amaran daripada pihak kerajaan untuk menghentikan kempen yang dibuatnya itu.
Sumber: Telegraph