Hampir sebulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ramai di antara kita yang terkesan dari segi ekonomi. Bagi mereka yang bekerja sendiri atau meraih gaji harian, pastinya merasa lebih terbeban kerana sumber pendapatan telah terjejas.
Seperti perkongsian seorang gadis, Dania Hasrul di Twitter mengenai bapanya yang gigih menjual ikan dari rumah ke rumah dengan menaiki motosikal.
Aku taktau la kenapa tapi aku sedih gila tengok ayah aku promote macamni.
Nak tolong macam mana pun taktau so ni la yang aku boleh tolong setakat ni. Promote dekat socmed dengan harapan ada yang berminat. Taknak beli takpe, retweet pun aku bersyukur. Terima kasih semua.


Jelas Dania, selain mencari perbelanjaan tambahan untuk keluarga sewaktu PKP, ayahnya ingin mengumpul wang supaya anaknya dapat menyambung pelajaran kelak.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai dengan 12 ribu tanda suka dan lebih 26 ribu ulang kicau di Twitter oleh netizen yang tersentuh dengan pengorbanan insan yang bergelar bapa.


Kami doakan semoga semua urusan keluarga ini dan mereka yang bergelut mencari rezeki demi keluarga, dipermudahkan Tuhan. Amin!
Sumber: Twitter Dania Hasrul