Pelakon, Ashraf Muslim, mengesahkan bahawa dia dijangkiti wabak Covid-19 berdasarkan keputusan yang dikeluarkan Ahad lalu.
Menerusi muat naik di Instagram sebentar tadi, beliau meluahkan rasa sedih sewaktu menerima keputusan tersebut dan meminta peminat dan semua mendoakan yang terbaik untuk beliau.
Difahamkan, Ashraf Muslim bersama beberapa pelakon lain berserta kru telah berangkat ke Scotland bagi menjalani penggambaran drama pada 15 Mac dan pulang ke tanah air pada 31 Mac lalu.
Selain Ashraf Muslim, antara pelakon yang telah dijangkiti sebelum ini adalah PU Riz dan Puteri Aishah.
Sumber: Instagram Ashraf Muslim