Negara hari ini dikejutkan dengan kematian seorang anggota polis, Koperal Baharuddin Ramli dalam satu kejadian berbalas tembakan dengan kumpulan penyeludup di Tembok Sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis.
Jenazah beliau telah dihantar pulang ke kampung halamannya di Negeri Sembilan untuk dikebumikan.
Sebelum itu, Ustaz Ebit Lew juga berkesempatan memberi penghormatan terakhir pada mendiang di Hospital Sultanah Bahiyah, Kedah bersama Ketua Polis Kedah, Dato Hasanuddin.
Melalui perkongsiannya di Facebook sebentar tadi, beliau juga memberi sedikit sumbangan buat keluarga mendiang.
Ikuti perkongsiannya di bawah ini.
Sebak sayu rasa hati tadi ziarah mendiang Koperal Baharuddin Ramli yang terkorban ditembak saat menjaga sempadan negara. Seorang lagi cedera Koperal Norihan. Sebak mendengar pengorbanan mereka berjuang. Saya ziarah beri sedikit sumbangan buat keluarga. Mendiang asal orang asli suku semelai negeri sembilan. Beliau non Muslim.
Syukur tadi bersama Ketua Polis Kedah Dato Hasanuddin memberi penghormatan pada pejuang negara. Terharu sebak masa berbual dengan Dato Hasanuddin. Baik dan rendah diri orangnya. Sebak melihat pengorbanan Polis. Kerja Polis 24 jam. Tiada beza siang malam melainkan cuma ada bulan dan matahari.
Semoga keluarga kuat dan tabah. Semoga Allah jagakan semua mereka barisan hadapan negara kita.
Gambar Via Ebit Lew
Gambar Via Ebit Lew
Gambar Via Ebit LewSumber: Ebit Lew
Jom tengok video di Youtube Siakap Keli dan subscribe