Baik ayah atau ibu, kedua-dua mereka merupakan orang pertama yang memberi kasih sayang yang tiada tandingi kepada anak-anak. Bukan itu sahaja, mereka sanggup berkorban apa sahaja demi membahagiakan anak tercinta.
Namun, selepas mereka pergi hanya ‘doa’ sebagai pengubat rindu. Tidak dinafikan, perasaan rindu yang mendalam terhadap orang yang sudah tiada sangat perit untuk diterima.
Seperti kisah yang dikongsikan oleh Tuan Syed Azmi tentang tiga beradik ini mengundang sebak ramai orang apabila mereka tetap mengguna barangan arwah ayah mereka kerana menganggap perbuatan tersebut dapat rasa dekat dengan ayah yang sudah meninggal dunia.
Rumah ni ada seorang ibu tunggal dan 3 anak. Tapi kat pintu bilik air ada 5 tuala. Saya pun tanyalah kenapa ada 5 tuala sedangkan ada 4 orang dalam rumah ni.

Yang tuala tengah tu ayah mereka punya yang dah meninggal dunia. Dan itu memang tuala ayah.
Saya suruh si ibu ni ulang balik cerita ni.
Katanya sekali lagi. Barang ayah mereka macam tuala, kain selimut dan bantal semua anak pakat guna gilir gilir sebab masing-masing nak rasa dekat dengan ayah.
Sayangnya mereka pada ayah mereka. Semua anak masih bersekolah. Tapi satu hari nanti kena letgo jugak. Untuk kita, hargai mereka yang masih ada.
Sumber: Syed Azmi