FLORIDA- Kelibat buaya dijumpai dengan saiz yang besar dan panjangnya dianggarkan sekitar 5.31 meter panjang di Valencia Golf and Country Club. Peristiwa tersebut telah dirakam oleh Tyler Stolting yang merupakan pemain golf profesional di kelab tersebut.
Penampakan buaya tesebut membuatkan permainan yang sedang berlangsung turut dihentikan serta merta.
Disebabkan itu, ia telah menarik perhatian pengguna media sosial bahkan ada yang membandingkan ianya dengan raksasa fiksyen tertentu seperti Godzilla dan sebagainya.
Buaya tersebut dianggap sesuatu yang luar biasa malah sebagai perkara prasejarah seperti dinosaur.
Pada masa yang sama, angin kencang dan angin ribut yang mengancam sekitar 60 batu dari barat laut Tampa tidak mampu menghalang sedikit pun pergerakan buaya tersebut.
Kejadian tersebut membuatkan para pemain golf berasa kebingungan lalu buaya tersebut santai masuk ke dalam air.
Sumber: The Sun