Kredit: ImageFX

“Scroll” Tanpa Henti, Ini 5 Cara Berkesan Untuk Atasi Ketagihan Telefon

Azzwin

“Scroll” Tanpa Henti, Ini 5 Cara Berkesan Untuk Atasi Ketagihan Telefon

Dalam era moden ini, telefon pintar bukan lagi sekadar alat komunikasi. Ia juga menjadi teman setia dalam pelbagai urusan.

Daripada bekerja, belajar hinggalah mencari hiburan serta maklumat harian.

Tidak dinafikan, fungsinya memang banyak dan memudahkan urusan harian.

Namun begitu, penggunaan yang kerap ini sedikit demi sedikit membentuk satu tabiat buruk yang boleh menyebabkan ketagihan.

Justeru, kali ini SK akan kongsikan lima cara berkesan untuk atasi ketagihan telefon, menurut portal Reader’s Digest.

1. Kenal pasti perkara yang mendorong ke arah ketagihan

Menurut portal Reader’s Digest, perkara yang mendorong seseorang kembali kepada ketagihan dikenali sebagai middle lines.

Difahamkan, ia boleh berpunca daripada tekanan kerja, tarikh akhir yang mendesak, konflik orang lain atau keletihan emosi.

Kredit: ImageFX

Ada juga yang tercetus apabila perlu membeli-belah dalam talian, menerima e-mel kerja, atau mendapat mesej yang mengajak menonton video lucu.

Tabiat seperti kerap memeriksa mesej atau mencari maklumat rawak di internet juga boleh menjadi pencetus.

2. Ganti dengan aktiviti bermakna

Dalam portal Reader’s Digest turut menjelaskan bahawa penting untuk seseorang mempunyai top lines, iaitu aktiviti yang membawa kegembiraan, ketenangan dan tujuan dalam hidup.

Difahamkan, aktiviti inilah yang menggantikan tabiat ketagihan.

Kredit: ImageFX

Antaranya termasuklah menghadiri sesi sokongan, berhubung dengan rakan yang memahami situasi, bersenam dan meluangkan masa bersama keluarga.

Selain itu, mengusahakan projek kreatif, berjalan di alam semula jadi, berehat secukupnya, tidur seketika dan memastikan tubuh sentiasa terhidrat juga merupakan aktiviti yang boleh mengatasi tabiat ketagihan.

3. Fokus pada pemulihan jangka panjang

Portal Reader’s Digest juga turut menjelaskan bahawa pemulihan sebenar memerlukan proses yang berterusan.

Difahamkan, terlalu fokus untuk menghentikan tabiat semata-mata boleh menyebabkan kekecewaan.

Kredit: ImageFX

Memahami punca ketagihan, menganani emosi dan pengalaman lampau, serta belajar cara hidup yang lebih seimbang tanpa bergantung kepada skrin sangat penting.

4. Jangan hadapi seorang diri

Portal Reader’s Digest tidak mengalakkan untuk cuba mengatasi ketagihan skrin sendirian.

Dinasihatkan untuk hadiri sesi perjumpaan atau kumpulan sokongan dan dengarkan pengalaman orang lain.

Kredit: ImageFX

Difahamkan, ini membantu seseorang sedar bahawa masalah ini bukan dialami seorang diri.

5. Gunakan teknologi apabila perlu sahaja

Menurut portal Reader’s Digest, antara cara berkesan ialah menggunakan teknologi sebagai alat, bukan sebagai hiburan utama.

Teknologi digunakan untuk urusan penting, kerja dan berhubung dengan insan tersayang, bukan untuk mengisi masa lapang tanpa tujuan.

Kredit: ImageFX

Namun begitu, pendekatan ini berbeza bagi setiap orang.

Ada individu yang perlu menjauhi permainan video sepenuhnya, manakala bagi orang lain, bermain bersama anak mungkin membantu mengeratkan hubungan keluarga.

BACA: Suka Makan Kekacang? Ini Fakta Kalori Yang Mengejutkan

Sumber: Reader’s Digest