Kebelakangan ini, penipuan atas talian berlaku dengan pelbagai cara. Ada yang menyamar sebagai rakan kita menggunakan nama dan gambar mereka sebelum meminta untuk meminjam wang.
Cara ini bukan sahaja boleh menyebabkan kerugian wang ringgit, tetapi mungkin boleh mengeruhkan hubungan sesama rakan. Oleh itu, kita perlu berhati-hati sekiranya seseorang ingin meminjam wang dari kita dari nombor tak dikenali walaupun mengakui rakan kita.
Bagi mengheret penipu ini ke mahkamah, kita perlu sediakan bukti yang jelas dan kukuh. Screenshot atau paparan skrin mesej sahaja tidak cukup. Anda perlu sediakan bukti seperti cara berikut seperti yang dikongsikan oleh seorang peguam, Faiz Fahmi melalui laman Jumpa Kat Mahkamah.
“Kalau whatsapp boleh guna sebagai bukti, saya nak kena screenshot yang mana? Cukup ke sekadar screenshot bahagian mesej sahaja?”.
Paparan skrin Whatsapp boleh digunakan sebagai bukti di mahkamah, tetapi ada 4 kriteria sepertimana yang dinyatakan di dalam kes Mohamad Azhar Abdul Halim v. Naza Motor Trading Sdn Bhd 1 ILR 292:-
i. Screenshot yang mendedahkan nama penghantar;
ii. Screenshot yang menyatakan tarikh dan masa perbualan tersebut berlaku;
iii. Nombor telefon penghantar (pihak satu lagi); dan
iv. Gambar Profil penghantar (pihak satu lagi).
(saya yakin, saya tidak perlu menerangkan lebih lanjut tentang ketetapan 90A, isu certificate, isu relevancy dsb, memandangkan tulisan ini hanyalah sekadar penerangan ringkas kepada orang awam semata-mata),
Jika kriteria tersebut tidak cukup, ia boleh menimbulkan keraguan kerana perbualan Whatsapp boleh dimanipulasi dan direka. Justeru, dikhuatiri ia tidak mempunyai nilai di mahkamah. Berikut adalah langkahnya.
1. Screenshot pada bahagian mesej yang menunjukkan masa dan tarikh.
2. Klik nama penghantar, screenshot gambar penghantar.
3. Screenshot nombor penghantar.
4. Eksport perbualan tersebut.
Klik;
‘Option’ > ‘More’ > ‘export chat‘
Kemudian, pilih samada anda ingin memasukkan gambar atau tidak di ‘Include Media’ atau ‘Without Media’.
5. Masukkan alamat emel dan periksa peti masuk. Tajuknya akan menjadi “Whatsapp Chat with …”
6. Klik pada dokumen .txt yang disertakan.
7. Cetak dokumen yang mengandungi mesej penuh, termasuk tarikh, waktu, nama pengirim, penerima dan gambar yang boleh dirujuk secara bersilang dengan Whatsapp berkenaan.
Menurut Faiz, cara ini memudahkan peguam anda dan proses pendokumentasian bukti.
Beliau turut berkongsi jika perbualan Whatsapp boleh dijadikan kontrak atau tidak di sini.
Sumber: Faiz Fahmi, Jumpa Kat Mahkamah