Pandemik Covid-19 yang melanda negara terus mencatatkan peningkatan kes yang mendadak saban hari dengan jumlah kematian yang terus meningkat.
Sebilangan besar yang dijangkiti, terpaksa berpisah dengan ahli keluarga dalam tempoh yang lama untuk mendapatkan rawatan. Lebih sayu, ada yang kehilangan insan tersayang akibat wabak ini dan tidak dapat berada bersama mereka di saat-saat akhir.
Seperti perkongsian oleh seorang pemuda di Twitter dengan akaun @Zyxyo yang turut mengalami nasib sama apabila empat daripada tujuh ahli keluarganya dijangkiti Covid-19.
Menurut pemuda itu, kini hanya dia dan ibu bapanya berada di rumah setelah dua kakak dan adiknya dibawa ke pusat kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS) dan Hospital Sungai Buloh.
Malah, lebih menyedihkan, abang iparnya yang turut berada di Hospital Sungai Buloh, dilaporkan meninggal dunia awal pagi semalam.
Dari tujuh tinggal tiga..
Dari tujuh orang dekat rumah sekarang tinggal tiga orang, kakak dengan adik perempuan aku dekat maeps, kakak aku lagi sorang dekat hospital sungai buloh , satu lagi arwah abang ipar aku yang telah meninggal dunia awal pagi tadi di Hospital Sungai Buloh kerana covid.


Sungguh berat ujian yang Kau berikan pada kami..
Ya Allah sungguh berat ujian yang kau berikan pada keluarga kami di awal tahun 2021 ini.
Ya Allah berikan keluarga kami kekuatan untuk menempuhi segala ujian mu. Tabahkan lah ummi aku. Aku tak boleh tengok ummi aku macam ni ya Allah.
Dengan nama mu Ya Allah, Kau sembuhkan adik-beradik ku, keluarga ku, jauhilah mereka dari penyakit Covid-19. Al fatihah (dibaca).


Rata-rata warganet yang membanjiri ruangan komen turut mengucapkan salam takziah dan mendoakan agar mereka sekeluarga sembuh daripada wabak ini.
Perkongsian oleh pemuda itu turut disifatkan sebagai ‘membuka-mata’ masyarakat di luar sana mengenai bahaya Covid-19 yang dianggap remeh oleh segelintir individu.
Semoga tabah dengan ujian Ilahi..

Terus kuat untuk melawan penyakit ini

Memberi kesedaran supaya masyarakat di luar sana lebih berhati-hati dengan virus Covid-19

Sumber: Twitter @Zyxyo