Melihat haiwan liar yang terdesak memakan apa sahaja kerana sumber makanannya yang semakin terhad adalah satu ‘pemandangan’ menyedihkan.
Boleh dikatakan banyak negara yang mempunyai situasi seperti ini, ia adalah kerana faktor habitat hidupan liar itu sendiri yang semakin terancam.
Terbaharu, satu lagi kejadian menyayat hati dirakam jurufoto di mana seekor gajah dipercayai lapar didapati sedang mencari makanan di sebalik timbunan sampah di satu lokasi di Bengal, India baru-baru ini.
Gambar: Pranab/Daily MailDipercayai bahan buangan tersebut adalah sampah plastik yang ditinggalkan pelancong.
Walaupun normalnya ada hidupan liar terancam memakan rumput, buah, dedaunan dan sebagainya, namun gajah tersebut kelihat tertarik dengan sampah berkenaan untuk dimakan.
Jurufoto berkenaan, Pranab Das berkata, sampah-sampah itu ditinggalkan pelancong dan dia sudah menasihati mereka agar menjaga alam sekitar.
“Saya harap gambar ini akan menyedarkan orang awam agar tidak membuang sampah merata-rata,” katanya yang juga seorang jurufoto sukan yang menetap di kawasan itu, memetik laporan Daily Mail.
Gambar: Pranab/Daily MailAntara sampah yang ada di situ adalah bekas-bekas plastik, botol dan beg.
“Gajah itu memakan plastik yang pada saya ia sangat menyakitkan untuk dilihat,” katanya lagi.
Sebelum ini, telah banyak kes haiwan sakit atau mati disebabkan pencemaran, terutamanya plastik.
Sebab itulah para pencinta alam sekitar sering menasihati masyarakat agar tidak sewenang-wenangnya membuang sampah plastik ke kawasan tumpuan haiwan.
Gambar: Pranab/Daily MailSumber: Indian Times, Daily Mail