Seperti sedia maklum, petugas barisan hadapan sentiasa memberikan yang terbaik bagi memerangi wabak pandemik Covid-19 ini. Bukan sahaja melawan Covid-19, para petugas juga turut menyantuni masyarakat dengan penuh adab.
Satu gambar yang tular di media sosial menunjukkan bahawa tugas mereka bukan sahaja menjaga kesejahteraan dan keharmonian masyarakat, malah mereka ini adalah insan yang boleh diharap sekiranya masyarakat memerlukan apa-apa pertolongan daripada mereka.
Seperti yang dikongsikan oleh akaun Facebook Polis Diraja Malaysia, seorang anggota polis bernama Koperal Muhammad Azizi Matshah telah membantu seorang warga emas berbangsa cina membayar bilnya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
Tindakan murni Koperal Muhamaad Azizi Matshah itu sekaligus telah mendapat pujian daripada warganet. Ternyatalah ungkapan bahawa polis dan masyarakat berpisah tiada itu benar.



Ada juga warganet yang turut menzahirkan rasa terima kasih kerana kebaikan hati Koperal Muhamaad Azizi Matshah itu membantu warga emas tersebut.



Sumber: Polis Diraja Malaysia