Tulisan Jawi antara tulisan terawal yang pernah ditemui. Kita pun sudah tahu, tulisan jawi ini memainkan peranan penting dalam masyarakat pada zaman dahulu. Namun, tulisan ini sering dilupakan oleh segelintir masyarakat Malaysia akibat peredaran zaman.
Tidak kurang juga yang meminati penulisan kaligrafi jawi termasuklah Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah yang meluahkan isi hatinya dengan penulisan ‘unik’ ini.

Titah tuanku, jika seseorang itu tidak pandai tulis tulisan agamanya teramatlah rugi kerana tulisan abjad ABC adalah universal.

Tambahnya, baginda akan lebih terkesima dan teruja apabila melihat seseorang yang mempunyai seni dalam penulisam khat ini.

Tidak lepaskan peluang, Tuanku juga berkongsi gambar di laman Twitternya semasa lawatannya ke London baru-baru ini tentang orang luar juga menitiberatkan agama Islam.







Sumber: Cheminahsayang