Sebentar tadi, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah mendedahkan beberapa set rakaman audio perbualan yang didakwa melibatkan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.
Antara yang mencuri tumpuan ramai ialah rakaman audio yang dipercayai melibatkan Datuk Seri Najib Razak dengan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Terpalit dengan isu berkenaan, Najib melalui satu temuramah yang dibuat oleh wartawan tempatan menyatakan bahawa dirinya terkejut dengan pendedahan tersebut.
Tegasnya, beliau sedang mengkaji perkara sedemikian dan sedang merujuk dan berbincang bersama peguamnya terlebih dahulu.
Rakaman tersebut yang turut dikongsikan di laman Facebook miliknya turut menjelaskan bahawa ketika pendedahan itu dibuat, beliau sedang berada di dalam perbicaraan di Mahkamah. Tambahnya lagi, pihaknya memerlukan sedikit masa untuk mendengar dan mengesahkan butiran seperti yang disebutkan dalam rakaman itu.
Sumber: Najib Razak