Telefon bimbit sememangnya merupakan peranti yang penting dalam kehidupan seharian kita. Mana tidaknya, pelbagai urusan dapat diselesaikan dengan hanya satu ‘klik’ sahaja.
Penggunaan seharian tanpa sedar memberi kesan kepada jangka masa bertahan bateri. Mungkin ada diantara kita yang kadang-kala terpaksa menggunakannya sambil mengecas.
Dalam satu perkongsian seorang warganet bernama @farishafadzleen di Twitter, dia mendakwa bahawa telefon bimbit milik datuknya telah meletup semasa sedang dicaskan.



Sehubungan dengan itu, dia menasihatkan agar, kita seharusnya mengambil langkah berjaga-jaga semasa menggunakan telefon bimbit supaya kejadian yang tak diingini dapat dielakkan.
Dalam pada itu juga, terdapat beberapa warganet yang mendakwa bahawa telefon itu berkemungkinan mengalami litar pintas.


Selain dari itu, video tersebut juga turut berjaya memberi peringatan kepada sebahagian warganet yang menggunakan telefon ketika sedang dicas.




Sumber:
@farishafadzleen