Selain daripada kesihatan yang baik, umur yang panjang juga dianggap sebagai salah satu nikmat yang perlu dihargai oleh semua orang. Seseorang yang dikurniakan anugerah tersebut sepatutnya bersyukur atas nikmat ini kerana masih lagi diberi peluang untuk kekal hidup di atas muka bumi ini.
Begitulah yang dinikmati oleh seorang warga tua yang berusia 107 tahun dan masih dianugerahkan dengan kesihatan yang baik. Louise Signore yang berumur 107 tahun pada tahun ini lahir di Manhattan pada tahun 1912 iaitu tahun yang penuh dengan perubahan dan inovasi.

Apa yang menarik mengenai wanita tua ini adalah pada usia ratusan tahun itu, dia tidak menggunakan tongkat mahupun kerusi roda untuk bergerak ke mana-mana. Perkara ini membuktikan bahawa warga tua ini masih mempunyai kesihatan dan kekuatan tubuh badan yang baik.
Menurut rakannya, Aisha Parillon, wanita tua itu mempunyai hubungan yang baik dengan jiran disekelilingnya.
Apabila ditanya mengenai rahsia kesihatan yang baik dan umur yang panjang, Louise mengatakan bahawa dia tidak berkahwin.
Dakwanya, kehidupan tanpa perkahwinan boleh menyebabkan kehidupannya lebih baik dan mencapai umur yang panjang. Dia juga tidak perlu menguruskan rumah tangga malahan boleh memberikan tumpuan terhadap penjagaan kesihatan dan tubuh badannya.
Gambar: WSAWBerikutan mempunyai kesihatan tubuh yang baik, wanita ini juga tidak mengambil sebarang ubat tapi hanya perlu mengamalkan pil tekanan darah tinggi. Dia juga mengamalkan pemakanan yang sihat terutamanya makanan Itali yang tiada soda dan kek.
Sumber: CBS New York