Gambar: Kilafit

Ustazah Tapi Solat Tak Sempurna, Ibu Tunggal Ini Bersyukur Diberi Peluang Sujud Sekali Lagi Setelah Ikhtiar Berhasil

syafiq halim

Nikmat kehidupan yang kita miliki pada hari ini sememangnya perlu disyukuri bukan sahaja melalui kata-kata, namun turut diterjemahkan ke dalam bentuk perbuatan seperti bersedekah.

Nikmat sememangnya terbahagi kepada pelbagai cabang sama ada nikmat dari segi kesenangan hidup, kesihatan, kebahagian dan banyak lagi. Pun begitu, tidak semua orang dapat mengecapi salah satu daripada nikmat tersebut.

Antaranya ialah seperti kisah yang dikongsikan oleh seorang wanita yang sebelum ini mengalami kesukaran untuk bergerak termasuklah dalam usaha mengerjakan ibadah wajib, iaitu solat.

Puan Norazlin yang merupakan seorang pendidik menceritakan bahawa sebelum ini dia pernah menjalani pembedahan membuang fibroid sebesar 5 kilogram dari dalam badan. Tambahnya, kesan daripada pembedahan tersebut, wanita yang turut dikenali sebagai Ustazah Lin ini juga mengalami kesakitan terutamanya di bahagian kaki dan lutut.

Disebabkan perkara itu, Ustazah Lin terpaksa menggunakan tongkat bagi menjalani kehidupan sehariannya dalam usaha membesarkan empat orang anak.

Solat tak sempurna

Maklum pendidik yang mengajar di Kampar itu, dia turut mengalami kesukaran bagi mengerjakan solat dalam keadaan yang sempurna iaitu berdiri dan juga tidak boleh rukuk ataupun sujud. Kesakitan pada bahagian kaki dan lututnya ditambah pula dengan keadaan berat badan yang berlebihan menjadi sebab tidak dapat mengerjakan solat dengan sempurna.

“Mungkin sebab daripada pembedahan tu. Jadi saya tak boleh sembahyang berdiri, sujud, rukuk semua. Sembahyang atas kerusi lah,” jelasnya.

“So saya tak boleh nak bengkok dah, kalau sujud ka, rukuk ka, sakit. Saya sembahyang tak sempurna. Sedih sebab saya nak sujud syukur tak boleh, sembahyang saya tak sempurna”.

Lebih teruk lagi, ibu tunggal itu mengatakan bahawa kedua-dua belah kakinya berasa sakit terutamanya selepas menjalani pembedahan tersebut. Tidak mengeluh dengan nasibnya, dia juga yakin bahawa Allah SWT memahami akan kesakitan yang dialaminya walaupun sukar untuk mengerjakan solat dengan sempurna.

“Sembahyang tak sempurna tapi Allah tahu sakit, cumanya nak sangat sembahyang macam biasa.”

Bawa tongkat ke sekolah

Bergelar sebagai seorang pendidik, Ustazah Lin tidak menjadikan sakit yang dialaminya sebagai alasan untuk terus berkhidmat terhadap anak-anak muridnya. Malah, dia mendedahkan terpaksa membawa tongkat ke sekolah bagi memastikan urusan kerjanya tidak terjejas.

“Saya bawa tongkat ke sekolah, sebab dia bila sakit dia macam krem tak boleh jalan. Saya bertongkat tu takut jatuh dan saya terpaksa pegang. Bertongkat jugalah walaupun dalam cuti perlu ke sekolah nak buat online apa semua”

Tambahnya lagi, dirinya pernah mengalami kesukaran untuk mengawal pergerakan murid di dalam kelas ekoran keadaan dirinya yang sukar untuk bergerak.

Terasa seperti menyusahkan orang sekeliling

Dengan keadaannya yang bertongkat, Ustazah Lin turut meluahkan rasa seperti menyusahkan orang lain terutama anak-anaknya. Apa tidaknya, setiap kali hendak ke tandas, mereka perlu memimpin dirinya kerana tiada kekuatan untuk bergerak ke bilik air secara sendiri.

Disebabkan itu, dia merasakan kerja rumah ataupun rutin harian anaknya terganggu kerana terpaksa ‘menjaganya’.

“Ye, dia (anak) kena pimpin saya ke tandas, sebab bila dah bertongkat takut licin semua, jadi saya takda kekuatan untuk ke tandas sendiri.., anak-anak nak buat kerja rumah macam terganggu.”

Namun, dia tetap meluahkan rasa syukur terhadap anak-anak yang sentiasa setia membantu menguruskan dirinya termasuklah memasak untuk mengisi perut mereka sekeluarga.

Pernah cuba ikhtiar

Tidak hanya mengenangkan nasibnya yang sebegitu, Ustazah Lin juga pernah ikhtiar untuk ‘mengubati’ kesakitan yang dialaminya sehingga membataskan pelbagai aktiviti harian.

“Saya memang cuba, saya pergi pusat rawatan Islam.., tapi Allah takdirkan untuk kena operate juga.”

Menyedari dirinya seorang ibu tunggal dan perlu membesarkan empat orang anak, Ustazah Lin juga melakukan pekerjaan lain untuk menampung perbelanjaan mereka sekeluarga.

“Sebagai ibu tunggal, saya kena bekerja nak cari duit, buat kuih, pagi buat kuih, petang buat kuih, malam frozen. Saya kena tenaga, saya cepat tidur kalau saya mengantuk..,”

Selain itu, pelbagai usaha lain pernah dilakukan olehnya seperti mengamalkan diet dan bersenam, namun seakan kecewa apabila berada badannya tidak berkurangnya.

Mengambil semangat dirinya sebagai ibu tunggal untuk membesarkan anak-anaknya, rasa hendak ‘give up’ itu telah dapat diatasi dengan meminta kekuatan daripada Allah SWT.

Kian sembuh dan bersyukur atas nikmat yang ‘dikembalikan’

Walau bagaimanapun, atas berkat usahanya dan doa yang tidak putus-putus, Ustazah Lin kini kian sembuh dan kuat bagi menjalani kehidupan sehariannya. Ditanya mengenai nikmati yang paling disyukuri olehnya setelah beransur sembuh, Ustazah Lin menyatakan dia begitu terharu dapat kembali solat secara sempurna iaitu secara berdiri.

“Part boleh solat, boleh solat sempurna, yang lain satu hal la memang saya boleh jalan cepat apa semua, tapi yang paling saya bersyukur…, part yang paling saya terharu adalah part saya boleh solat berdiri dan sempurna macam orang lain, tak macam OKU”.

Atasi masalah berat badan berlebihan, selera makan tinggi

Melihat kepada situasi yang dialami oleh Ustazah Lin, berat badan berlebihan yang turut memberi kesan terhadap kedua-dua belah kakinya telah membataskan pergerakan seharian. Ditambah pula dengan keinginan makan yang tinggi, ianya turut menyukarkan untuk mengatasi masalah tersebut.

Pun begitu, ianya tidak boleh dijadikan alasan untuk terus membiarkan kesakitan itu ‘merebak’ menjadi lebih teruk. Ini kerana pelbagai usaha boleh dilakukan seperti mengambil pemakanan yang berkhasiat daripada tumbuhan semulajadi yang mempunyai pelbagai manfaat.

Antara asbab Ustazah Lin dapat berdiri semula dan menunaikan solat dalam keadaan berdiri adalah faktor pengambilan makanan yang betul. Antaranya ialah sumber pemakanan yang mempunyai pelbagai khasiat. Tambahan lagi, Ustazah Lin yang telah berjaya menurunkan berat badan juga turut membantu dirinya untuk lebih mudah berdiri dan solat.

Sumber pemakanan yang diambil oleh Ustazah Lin adalah seperti buah Garcinia yang mengandungi enzim semulajadi yang membolehkan seseorang itu untuk mengawal selera makan secara semulajadi dan juga membantu meningkatkan rasa kenyang. Selain itu, pemakanan bersumberkan L-Carnitine turut membantu membakar lemak dalam badan dan secara tidak langsung dapat mengurangkan berat badan.

Ustazah Lin juga mengambil pemakanan bersumberkan kolagen bagi membantu memperbaiki dan menjaga kesihatan sendi dirinya. Perkara ini kerana kolagen dapat membantu membina tisu penghubung yang mengelilingi sendi kita, seiring dengan pertambahan usia. Bukan setakat itu sahaja, Ustazah Lin dapat mengembalikan tenaga dalam dirinya melalui pemakanan bersumberkan White Kidney Bean yang dapat menstabilkan pemecahan karbohidrat untuk memberi kita tahap tenaga yang berterusan sepanjang hari.

Ditambah dengan pelbagai makanan sunnah seperti buah kurma, buah delima dan madu, Ustazah Lin mendapat khasiat seperti membantu menstabilkan kolestrol, membantu penghadaman, kurangkan risiko kencing manis dan merendahkan tekanan darah tinggi.

Khasiat-khasiat daripada pelbagai bahan pemakanan oleh Ustazah Lin ini turut diakui oleh Dr Sharifa Shareen yang merupakan seorang doktor perubatan yang mempunyai pengalaman berkhidmat selama 16 tahun. Antara yang diakui oleh doktor tersebut adalah L-Carnitine yang dapat memberikan tenaga kepada seseorang dan menaikkan metobalisme. Tambahnya lagi, L-Carnitine merupakan sumber tenaga yang fantastik ke dalam otot kita dan juga turut membantu menurunkan berat badan.

Tambahnya lagi, selain dapat membantu menguatkan sendi, kolagen juga dapat memberikan manfaat kepada kulit dan rambut. Dr Sharifa turut mengatakan kolagen dapat membina kartilej bagi membantu mengelakkan geseran antara tulang yang boleh menyebabkan kesakitan. Oleh yang demikian, dapatlah dibuktikan bahawa pengambilan makanan bersumberkan kolagen sangat tepat untuk mengurangkan sakit lutut seperti yang diamalkan oleh Ustazah Lin.

Makanan sunnah seperti kurma, buah delima dan madu juga turut diakui oleh Dr Sharifa mengandungi khasiat yang sangat tinggi. Seperti kurma, ia sangat berkhasiat kerana mempunyai mineral yang tinggi, tinggi serat dan vitamin yang dapat membantu kawal berat badan.

Tidak dapat dinafikan lagi, pengambilan pemakanan yang mempunyai pelbagai khasiat seperti bersumberkan kolagen, L-Carnitine, buah Garcinia dan makanan sunnah seperti kurma, buah delima serta madu dapat membantu Ustazah Lin kembali bertenaga dan boleh mendirikan solat dalam keadaan berdiri.

Menyedari agak sukar untuk mendapatkan bahan-bahan tersebut terutamanya bagi yang berada di bandar, produk muslim lokal Kilafit tampil menjadi ‘penyelamat’ kerana telah menggabungkan semua bahan-bahan semulajadi tersebut ke dalam minuman kesihatan mereka. Jadi, mereka yang mempunyai masalah seperti Ustazah Lin sudah tidak perlu bersusah payah untuk mencari bahan-bahan tersebut, sedangkan boleh didapati dalam segelas minuman.

Kisah yang diceritakan oleh Ustazah Lin sememangnya memberikan kesan mendalam kepada ramai orang. Apa tidaknya, Ustazah Lin kini sudah boleh mendirikan solat dengan sempurna seperti orang lain. Kisah ini berjaya mengambil perhatian pihak Kilafit selepas Siakap Keli menghubungi mereka, dan mereka terharu dan bersyukur kerana dapat membantu ramai orang.

Justeru, khas untuk pembaca kami, Siakap Keli ada meminta pihak Kilafit untuk memberi promo produk Kilafit yang mengandungi 100% bahan aktif semulajadi dan natural kepada anda. Dan pihak Kilafit berbesar hati untuk memberi pembaca Siakap Keli Trial Pack Kilafit secara percuma. Jadi, apa tunggu lagi. Terus ke PAUTAN INI untuk menjadi pembaca Siakap Keli yang bertuah menerima Trial Pack percuma daripada Kilafit.