Individu membuat pendedahan dengan ‘amalan’ pelik, memakan bedak sehingga 200 gram sehari.
Wanita ini mula ‘menikmati’ makanan ini sejak 15 tahun yang lalu semasa mengeringkan anaknya selepas mandi.

Keinginannya terus dipergiat dan ibu dari lima anak itu mengakui bahawa dia meletakkan bedak talkum di bahagian belakang tangannya setiap 30 minit serta beberapa kali pada waktu malam untuk memakannya.
Dia mendakwa telah membelanjakan kira-kira 10 dollars atau RM50 seminggu untuk membeli bedak kegemarannya. Tempoh paling lama beliau tidak memakan bedak tersebut adalah selama dua hari.

Bertahun-tahun dia merahsiakan tabiatnya itu namun terpaksa mengaku di hadapan bekas kekasihnya yang pelik melihat wanita itu sentiasa keluar masuk bilik air.
Dia juga telah berjaya mengumpul kekuatan untuk mendapat bantuan profesional selepas doktor memberitahu bahawa dia menghidap sindrom pica.
Sindrom tersebut merupakan gangguan makan sebarang makanan yang tidak sepatutnya dijamah seperti cat, habuk dan kotoran.
“Saya mampu makan sebanyak 200 gram sebotol dalam masa satu hari sahaja. Saya masih ingat bagaimana perasaan semasa saya tertarik dengan baunya.

“Sekarang saya tidak boleh ‘berjauhan’ darinya kerana apabila sedar dari tidur saya akan memakannya setiap setengah jam. Saya tidak mampu melalui setengah jam lagi tanpanya,” katanya
Sumber: Daily Mail