Sejak semalam, tular satu video di media sosial memaparkan seorang wanita mempersoalkan tindakan seorang guru lelaki yang didakwa merotan anak perempuannya yang juga pelajar di sebuah sekolah menengah di Johor Bahru.
Menerusi video berdurasi kira dua minit dan 28 saat itu, guru berkenaan turut dilihat memberi penjelasan mengenai tindakannya merotan pelajar terbabit tetapi tidak diterima oleh wanita itu sambil menunjukkan kesan birat pada tubuh anaknya.
Kejadian itu dipercayai berpunca daripada tindakan pelajar perempuan tersebut yang terlebih dahulu mengeluarkan perkataan biadap dengan menegur guru berkenaan dengan ayat ah qua lao shi (cikgu pondan) ketika guru tersebut lalu di koridor tanpa sebab.
Video itu lantas mendapat pelbagai reaksi netizen di laman sosial. Ada yang bersetuju dengan tindakan guru merotan bagi memberi ‘pengajaran’ namun ada yang mempertikaikan cara merotan sehingga meninggalkan kesan lebam di lengan dan paha pelajar tersebut.


Tampil berkongsi, seorang pelajar di sekolah berkenaan menyatakan rasa sedih dengan apa yang menimpa guru mereka. Menurut Agnes, guru tersebut merupakan guru yang sangat baik di sekolahnya.
Malah ujarnya, jika guru tersebut berperangai teruk, tidak ramai pelajar yang akan berpihak dan memberikan sokongan kepada guru berkenaan.
Jelasnya lagi, guru tersebut tidak perlu ada rasa menyesal atas tindakannya kerana apa yang dilakukan itu hanyalah semata-mata bagi membentuk generasi yang lebih baik pada masa akan datang.

Sumber : KL吹水站