
Bekas isteri pelakon terkenal Fizo Omar iaitu Mawar Karim serta anak mereka, Wan Maryam telah disahkan positif Covid-19 dan kini menerima rawatan di sebuah hospital sejak Isnin lalu.
Perkara ini telah disahkan oleh Fizo Omar menerusi laman Facebook dan Instagramnya.

Pada masa yang sama, Mawar Karim turun memuat naik satu status menerusi laman Instagramnya, mengucapkan terima kasih kepada petugas barisan hadapan dan orang ramai yang mendoakan kesihatan mereka.

Sumber: Fizo Omar