Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad berpendapat bahawa gaji yang diperolehi oleh menteri pada masa kini sudah memadai. Tambahnya juga, kadar gaji yang diterima oleh barisan menteri pada masa kini adalah jauh lebih rendah berbanding menteri pada pemerintahan kerajaan terdahulu.
Perkara ini ekoran daripada kenyataannya yang menyifatkan bahawa tiada keperluan untuk memotong gaji dan elaun yang diterima oleh menteri pada waktu ini.
Tambahnya juga, elaun dan gaji bagi ahli Parlimen terdahulu turut dinikmati oleh menteri. Selain itu, kemudahan yang disediakan untuk ahli Parlimen yang dilantik sebagai menteri juga telah dinafikan. Beliau juga memaklumkan bahawa elaun ahli Parlimen telah dipotong sepenuhnya termasuklah elaun kehadiran Parlimen sekitar RM300 hingga RM400.
Isu ini timbul selepas Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengeluarkan kenyataan berpendapat bahawa lebih baik untuk elaun ahli politik dipotong.
Sumber: Sinar Harian