Seorang calon Barisan Nasional (BN) kerusi Dewan Undangan Negara (DUN) Pitas, Sufian Abd Karim sah positif Covid-19.
Perkara ini disahkan oleh beliau sendiri menerusi entri Facebook miliknya pada pagi hari ini.
“Saya, Sufian Abd. Karim, calon BN bagi N.03 DUN Pitas baru saja mendapat keputusan test Covid-19 dan telah disahkan positif Covid-19.
Saya memohon maaf kepada semua pengundi, para petugas, jentera, rakan-rakan dan saudara-mara yang telah membantu sepanjang tempoh berkempen.
Doakan semoga saya diberi kekuatan menghadapi ujian ini dan diberi kesembuhan yang segera. Mohon kepada semua yang pernah bersama saya mengambil langkah berjaga-jaga dan sewajarnya dengan membuat saringan. Maaf atas segala kesulitan. Semoga ia tidak mematahkan semangat kita dalam perjuangan ini.”
Sufian Abdul Karim
Calon 03 DUN Pitas