Seorang lelaki berusia 28 tahun dilaporkan sanggup mencuri sebuah motosikal bagi mendapatkan duit untuk membiayai kos isterinya bersalin.
Lelaki yang berasal dari Pasuruan, Jawa Timur, itu terpaksa meringkuk disebalik jeriji besi berikutan dia telah terbukti mencuri motosikal tersebut.
“Saya berniat mencuri kerana terdesak memerlukan duit termasuk untuk membiayai kos bersalin isteri,” katanya.
Dia ditangkap mencuri motosikal bersama rakannya di Jalan Kudu RT 5 RW 4 Kelurahan Kudu Kecamatan Genuk Kota Semarang pada 27 September lalu.
Motosikal tersebut ternyata dilengkapi sistem keselamatan seperti penggera yang berbunyi ketika suspek melakukan pencuriannya.
Pemilik yang pada ketika itu sedang mencari rumput menyedari motosikalnya hendak dicuri lalu menjerit.
Pun begitu, hanya suspek sahaja yang berjaya ditangkap dan rakan subahatnya melarikan diri.
“Saya hanya disuruh oleh rakan, saya diberi wang jika saya berjaya mencuri motosikal.
“Saya menyerah, walaupun dipukul penduduk. Saya teringat isteri dan anak yang bakal dilahirkan nanti, fikirkan bagaimana jika saya mati,” ujarnya.
Sumber: Tribun News