Seorang pakar bedah plastik India mendapat pujian sebagai ‘wira tanpa jubah’ selepas menghabiskan sebahagian besar hidupnya merawat masalah sumbing kanak-kanak, lapor Oddity Central.
Lelaki itu dikatakan telah melakukan lebih 37, 000 prosedur pembedahan percuma bagi membetulkan sumbing lelangit dan bibir sumbing yang dialami oleh kanak-kanak. Hal ini dikatakan demikian kerana beliau mahu memberi mereka peluang untuk merasai kehidupan yang lebih baik.
Menurut CDC, sumbing bibir dan sumbing lelangit merupakan kecacatan kelahiran yang berlaku apabila bibir atau mulut bayi tidak terbentuk dengan betul semasa kehamilan. Kecacatan ini menyebabkan bayi susah mendapatkan susu, kes pumbulian dan diskriminasi di kemudian hari.
Kedua-dua kecacatan ini boleh diperbetulkan dengan mendapatkan bantuan pembedahan plastik. Malangnya, prosedur ini tidak tersedia untuk keluarga miskin yang memerlukan.
Kredit : The New Indian ExpressMenyedari bahawa bayi dan kanak-kanak yang dilahirkan dengan bibir dan lelangit sumbing memerlukan bantuan, pakar bedah plastik itu mula menganjurkan kem perubatan percuma yang dapat membantu pesakit.
Usahanya tidak lama kemudian disedari oleh Smile Train, sebuah inisiatif global yang memfokuskan pada pembedahan sumbing. Dengan mendapatkan sokongan daripada mereka dan badan NGO lain, Dr. Singh dapat membantu lebih ramai orang.
Kredit : Subodh Kumar Singh via Oddity CentralSejak beliau menjalankan rawatan ini pada tahun 2004, Dr. Singh dikatakan telah melakukan pembedahan lebih 37, 000 prosedur. Dengan bantuan yang diterima, beliau dapat melatih berpuluh-puluh doktor lain di seluruh India untuk membetulkan kecacatan ini.
Tambahnya lagi, beliau berharap suatu hari nanti dapat menubuhkan pusat kebangsaan untuk memberikan rawatan pembedahan bibir sumbing.
Sumber : Oddity Central