Semenjak fenomena banjir melanda beberapa negeri di Semenanjung Malaysia baru-baru ini, nama Azwan Omar atau ‘Abang Viva’ sering diperkatakan rakyat Malaysia.
Menurut sesi live eksklusif di laman Facebook Siakap Keli TV bersama ‘Hero Banjir’ ini sebentar tadi, Azwan turut berkongsi keadaannya sepanjang misi banjir, bermula di Selangor dan perasaanya ketika menjalani misi berkenaan.
Jelas Azwan, dia sebenarnya tidaklah sepenuhnya tidur di dalam bot. Katanya dia hanya beristirehat sebentar di dalam bot miliknya semasa misi bantuan banjir.
“Kalau nak kata tidur dalam bot tu ada betulnya jugak. Betulnya saya takdalah tidur sangat dalam bot tu, cuma untuk rehat je setengah jam ke satu jam,” katanya.
Bercakap tentang penat atau tidak sepanjang misi bantuan banjir, Azwan atau Abang Viva ini mengaku sangat penat. Pun begitu, dalam fikirannya, nyawa mangsa-mangsa banjir yang lebih penting untuk diselamatkan.
“Nak kata penat tu memang sangat-sangat penat, dengan rehat takda, dengan bekalan tak cukup. Tapi macam saya, saya hanya fikir pentingkan nyawa. Saya letakkan family saya kat sana. Kalau family kita kat sana, takkan kita taknak selamatkan,” jelas Azwan yang kini telahpun pulang ke negeri asalnya.
Sumber: Siakap Keli TV