Sudah pasti, rata-rata rakyat Malaysia mengenali bayi kecil Ainul Mardhiah yang telah selamat menjalani pembedahan membuang tumor seberat 200 gram pada bahagian mulutnya bulan lalu. Sehingga kini, ‘bidadari kecil’ tersebut dilaporkan dalam keadaan yang baik dan sihat.
Terbaru, Ahmad Safiuddin melalui halaman Facebook miliknya menyatakan perasaan sebak yang dialami dirinya berikutan melihat perjuangan puteri sulungya itu. Baginya, dia tidak pernah menyangka bahawa puterinya itu akan sampai ke tahap begini.
Turut terselit melalui hantaran tersebut, Ahmad Safiuddin juga menyatakan bahawa dia telah memadam kebanyakan gambar Ainul kerana tidak mahu mengingati keperitan yang dialami oleh puterinya itu.
Walau bagaimanapun, dia telah menyimpan beberapa keping gambar supaya dapat ditunjukkan kepada Ainul setelah dia dewasa kelak. Harapannya besar agar puterinya itu akan lebih menghargai dan menjadi insan yang berguna pada masa akan datang.
Sumber:
Ahmad Safiuddin