“Saya Cadang Bubarkan DUN Melaka Bagi Membolehkan Pilihan Raya Negeri Diadakan” – Ketua Menteri Melaka

Aqmal Ezany

Ketua Menteri Melaka, Adly Zahari telah mencadangkan supaya Dewan Undangan Negeri Melaka dibubarkan bagi membolehkan Pilihanraya Negeri diadakan.

Menurut satu kenyataan media yang dikeluarkan di akaun Facebook rasminya, cadangan itu telah dikemukakan kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Datuk Seri Utama Dr. Mohd Khalil Bin Yaakob pada hari Isnin, 2 Mac 2020 jam 4.30 petang dengan mengambil kira keadaan politik di negeri Melaka kini.

Beliau juga turut menasihatkan kepada semua rakyat Melaka untuk kekal bertenang bagi menjaga keamanan dan keselamatan negeri.

Sumber: Adly Zahari