Saya Akan Ditanya Allah Atas Setiap Apa Saya Lakukan, Saya Serahkan Segalanya Kepada Allah – Ebit Lew

Sha Rossa

Sebut sahaja Ustaz Ebit Lew, majoriti rakyat Malaysia pasti mengenali insan yang berhati mulia ini. Peribadinya yang baik dan merendah diri seringkali disenangi masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Walaupun baru-baru ini beliau dilanda dengan pelbagai kontroversi atas kerja amal yang dijalankan, Ustaz Ebit Lew tetap tidak berputus asa membantu golongan yang memerlukan.

Join abang lori berbuka

Menerusi perkongsian terbaru beliau di Instagram, Ebit Lew dilihat berkongsi rezeki dengan haiwan ketika singgah berbuka puasa di tepi jalan.

Namun, apa yang menyentuh hati ramai, ungkapan yang dituliskan Ebit Lew membawa maksud mendalam mengenai pengakhiran hayatnya kelak.

”Saya akan ditanya Allah atas setiap apa saya lakukan”

Kami doakan Ustaz Ebit Lew sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah. Moga kerja amal dan dakwah yang dilakukan Ustaz diberikan ganjaran setimpalnya oleh Allah. Amin!

Sumber: Ebit Lew