
Selasa lalu tular di mana Anont Rotthong yang merupakan seorang usahawan ladang durian dari Thailand ingin memberi ganjaran kepada lelaki yang berjaya memilih buah durian yang terbaik.
Beliau dikatakan akan menghadiahkan wang sebanyak 10 juta bath (RM 1.28 juta), 10 buah kereta, ladang durian dan menjodohkan pemenang dengan anaknya sendiri.Usahawan tersebut terfikir untuk menggunakan cara itu kerana tidak mahu perempuannya terlewat untuk berkahwin.

Terbaru, Anont memaklumkan bahawa beliau terpaksa membatalkan pertandingan berkenaan. Beliau tidak menyangka status (pertandingan) yang dimuatnaik di laman facebooknya itu mendapat sambutan luar biasa.
Didapati lebih dari 10,000 orang yang mahu mencuba nasib menghubungi dirinya. Anont berkata bahawa ladang duriannya tidak mampu untuk menampung jumlah yang seramai itu.

Namun dalam pada itu, ada seorang calon yang mendapat likes tertinggi di ruangan komen status berkenaan. Beliau adalah Premyosapon Khongsai (28) yang turut menyertakan gambar dirinya.
Anont juga telah memberi maklum balas mengenai lelaki itu. Tulis Anont, Premyosapon Khongsai terlalu kacak. Anont risau jejaka berkenaan akan melukakan hati anaknya, Kanjasita Rotthong.
Sumber : Channel News Asia.com