Satu lagi Varian baharu Covid-19 seakan serupa dengan varian di Afrika Selatan dan di UK, kata penyelidik dari Universiti Edinburgh.
Setakat ini para saintis telah mengesan sebanyak 38 kes berlaku iaitu 2 di Wales dan 36 di England sejak Disember lalu.
Perkara ini juga dilihat di beberapa negara termasuklah di Denmark, Nigeria dan Amerika Syarikat.
Menurut pakar UK, mereka sedang mengkaji dan memahami beberapa kesan risiko yang akan berlaku. Sehingga hari ini, varian tersebut masih dalam siasatan.
Profesor Ravi Gupta, dari Universiti Cambridge yang meruapakan salah seorang saintis telah menasihatkan pemerintah tentang ancaman virus baharu ini.
Beliau berkata varian B.1.525 merupakan antara mutasi yang ketara daripada varian baru yang lain.
Apa yang menjadi perhatian sekarang ini dalah kemungkinan virus ini akan merebak dan tidak terkesan dengan vaksin Covid-19. B.1.525 atau disebut E484K akan menjadi ancaman terhadap reaksi vaksin.
Bagaimanapun, para saintis sedang mengkaji varian baru ini sebelum masuk musim sejuk.
Sumber: BBC