satu lagi lubang benam
Kredit: JKR Gua Musang via Bernama
Tiada Kategori

Satu Lagi Lubang Benam Di Jalan Gua Musang-Lojing, Laluan Ditutup Selorong

Sofea

Satu Lagi Lubang Benam Di Jalan Gua Musang-Lojing, Laluan Ditutup Selorong

GUA MUSANG, 16 Sept (Bernama) — Jalan Gua Musang-Lojing di Kilometer 78 di sini ditutup selorong susulan insiden lubang benam terbaharu yang dikesan pada 12 Sept lepas.

Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Kelantan Nik Soh Yaacoub berkata lubang benam sedalam 0.1 meter dan 15 meter panjang itu berlaku berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke.

“Jalan Gua Musang-Lojing yang mempunyai empat lorong kini ditutup selorong di kedua-dua arah kepada semua kenderaan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Nik Soh berkata kejadian lubang benam itu dipercayai berpunca daripada aliran air bawah tanah serta di tepi pembetung di kawasan berkenaan, selain hujan lebat berterusan yang meningkatkan risiko mendapan.

Kredit: JKR Gua Musang Via Bernama
Kredit:JKR Gua Musang Via Bernama

BACA: Laluan Ke Arah Gua Musang Ditutup Sepenuhnya Susulan Kejadian Lubang Benam

Beliau berkata JKR sentiasa memantau kawasan berkenaan dan telah melaksanakan pelan pengurusan trafik bagi memastikan keselamatan pengguna.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo menasihatkan pengguna jalan raya supaya memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan berkenaan bagi mengelakkan kemalangan.

Sejak tahun lepas, terdapat lima kejadian lubang benam berlaku di Kilometer 78 Jalan Gua Musang-Lojing dengan insiden pertama dan kedua masing-masing dikesan pada 23 Nov serta 12 Dis 2024.

Ini diikuti tiga lagi kejadian pada tahun ini, iaitu pada 15 Mac, 7 Ogos dan 12 Sept.

Sumber: BERNAMA