Menurut laporan BNO News, konvoi berkenaan dilaporkan sepanjang 64 kilometer. Dalam laporan awal Reuters pula, konvoi berkenaan dilaporkan sepanjang 17 batu atau kira-kira 27 kilometer. Bagaimanapun, mereka mengubah laporan kepada lebih 40 batu dalam tweet terbaharu.
Menerusi imej-imej satelit yang dimuat naik, kelihatan deretan-deretan kenderaan tentera Rusia dipercayai kenderaan antaranya trak dan kenderaan artileri.
Presiden Rusia sebelum ini telah mengiktiraf pengisytiharan kemerdekaan yang dibuat oleh dua wilayah Ukraine, Luhanks dan Donetks yang dikawal oleh kumpulan pemisah pro-Rusia.
Ketegangan terus memuncak apabila beliau meluluskan penghantaran angkatan tentera Rusia dalam satu operasi khusus di kedua-dua wilayah tersebut. Di peringkat awal, Rusia mendakwa operasi berkenaan adalah ‘Misi Pengaman’ bagi melindungi penduduk-penduduk di kedua-dua wilayah tersebut. Rusia juga berkata, misi itu dihantar kerana mendapat permintaan daripada pemimpin disana.
Bagaimanapun, sejurus pengumuman operasi khusus berkenaan, beberapa wilayah lain di Ukraine dilapor telah diceroboh dan diserang Rusia.
Sebelum ini, 13 anggota tentera Ukraine yang dilaporkan terkorban semasa sedang bertugas mengawal sempadan Pulau Zmiiyni atau Pulau Ular mungkin masih hidup, lapor Mirror.
Terdahulu tular satu rakaman suara yang mendakwa bahawa semua anggota tentera itu telah terbunuh selepas ditembak tentera Rusia.
Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky juga berkata kesemua tentera itu akan diiktiraf sebagai pahlawan. Antara yang turut terkena tempias serangan adalah ibu negara Ukraine iaitu Kyiv.
Perkhidmatan Pengawal Sempadan Negara Ukraine berkata dalam satu kenyataan yang disiarkan di dalam Facebook mereka bahawa semua pengawal itu mungkin masih hidup.
Hal ini kerana tidak lama selepas serangan itu, media Rusia melaporkan tentera tersebut telah dibawa sebagai tahanan dari pangkalan di Pulau Ular di Laut Hitam ke Sevastopol, sebuah bandar pelabuhan Crimea.
Pegawai Ukraine berkata bahawa pengawal sempadan diserang oleh pesawat Rusia dan mereka kemudian tidak dapat dihubungi.
Sumber: BNO News, New York Times