Sasterawan dan penyair terkenal Indonesia, Sapardi Djoko Damono dilaporkan telah meninggal dunia pada pagi ini.
Menurut CNN Indonesia, Allahyarham dipercayai menghembuskan nafas terakhir di Hospital BSD, Tangerang Selatan pada jam 7.19 pagi waktu tempatan.
Sapardi telah menghasilkan banyak karya puisi dan cerpen. Beberapa karyanya yang paling terkenal adalah puisi Hujan Bulan Juni, Yang Fana Adalah Waktu, Aku Ingin dan Pada Suatu Hari Nanti.
Allahyarham juga pernah menerima beberapa penghargaan dari luar negara iaitu Cultural Award dari Australia pada 1978 dan SEA Write Award dari Thailand pada tahun 1986.
Sumber: CNN Indonesia