Kadar jangkitan COVID-19 di negara ini kembali meningkat sejak akhir-akhir ini. Semalam adalah hari kedua mencatatkan kes tertinggi negara dengan 317 kes dan kesemuanya adalah penularan tempatan.
Boleh dikatakan kenaikan kes tersebut mungkin memberi pelbagai bayangan yang tidak menentu kepada orang awam.
Sebelum ini, kita hampir menang apabila kes harian yang dilaporkan hanya satu angka dalam masa beberapa hari.
Bagaimanapun, segalanya berubah apabila kes didapati merebak akibat kemasukan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah.
Malam tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah menitipkan sedikit kata-kata semangat buat anak buahnya yang sedang berjuang di barisan hadapan.
Gambar: Noor Hisham Abdullah
Gambar: Noor Hisham Abdullah
Gambar: Noor Hisham AbdullahSumber: KP Kesihatan