Santiago Montiel Rangkul Anugerah Puskas 2025
Pemain pertahanan kelahiran Argentina, Santiago Montiel, menarik perhatian dunia bola sepak apabila jaringannya menerusi tendangan akrobatik berjaya melayakkannya memenangi Anugerah Puskas Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) 2025.
Pemain berusia 25 tahun yang beraksi bersama kelab CA Independiente itu menjaringkan gol menerusi tendangan gunting dari luar kotak penalti ketika menentang Independiente Rivadavia dalam perlawanan Liga Utama Argentina pada Mei lalu.
Kejayaan tersebut menyaksikan Montiel menjadi pemain ketiga dari Argentina yang merangkul Anugerah Puskas, selepas Erik Lamela dan Alejandro Garnacho sebelum ini.
Untuk rekod, Montiel tersenarai dalam kelompok 10 calon akhir Anugerah Puskas yang berprestij.
Antara pencabar lain ialah pemain ternama dunia seperti Declan Rice (Arsenal), Lamine Yamal (Barcelona), serta wakil Indonesia, Rizky Ridho dari Persija Jakarta.
BACA: Atlet Angkat Berat Indonesia Dihempap Beban 98Kg
Sumber: Stadium Astro