Siapa sangka, disebalik watak kelakar Mr Bean yang sememangnya disukai dan diminati oleh kebanyakan masyarakat dunia sebenarnya mempunyai realiti ‘pahit’ yang perlu dilalui oleh pelakonnya, Rowan Atkinson.
Menurut The Independent, Rowan Atkinson mengatakan bahawa dia sebenarnya tidak enjoy membawa watak Mr Bean.
Gambar Via HomesandpropertyDia telah membawa watak komedi ikonik itu sejak tahun 1990 dan kini sedang terlibat dalam penghasilan filem animasi Mr Bean baharu yang menandakan kembalinya salah satu peranannya yang paling popular.
Walaupun sedang mengusahakan Mr Bean yang baharu itu, pelakon berusia 65 tahun itu mengatakan bahawa dia menantikan saat-saat watak itu ‘berakhir’.
“Saya tidak terlalu seronok membawa watak itu, beban tanggungjawab yang perlu dipikul sangat tidak menyenangkan,” katanya.
Tambahnya lagi, kejayaan siri Mr Bean itu sehingga popular di seluruh dunia sememangnya tidak mengejutkannya.
Gambar Via Clydebank Post“Menonton orang dewasa yang berkelakuan keanak-anakan tanpa menyedari ‘ketidaksesuaiannya’ sememangnya lucu, ia kejayaan yang menyaksikan fakta bahawa komedi itu adalah visual, bukan lisan semata-mata,” katanya.
Sumber: The Independent