Sambutan Harijadi Lebih Meriah Di Marrybrown Malaysia

Fazidi

Pernah terfikir untuk meraikan sambutan harijadi bersama karakter terkenal dari Jepun? Marrybrown Malaysia semalam telah mula menawarkan pakej sambutan harijadi bersama karakter Doraemon mulai bulan Disember 2019.

Marrybrown sebagai makanan segera yang menyediakan sajian ayam goreng ranggup selama 38 tahun yang kini boleh dinikmati di 20 negara. Menurut Pengarah Urusan Marrybrown, Datin Nancy Liew, kerjasama ini bakal membawa senyuman dan kenangan manis kepada kanak-kanak yang menyambut harijadi mereka di Marrybrown.

Justeru itu, Marrybrown meraikan 100 kanak-kanak dari empat buah rumah kebajikan di Lembah Klang untuk meraikan hari yang bermakna bersama Doraemon. Mereka turut dibekalkan dengan barang kelengkapan sekolah seperti alat tulis dan beg.

“Marrybrown sentiasa berada dalam visi menyajikan makanan dan minuman yang mampu menyentuh hati dan menghubungkan rakyat Malaysia. Oleh yang demikian, tiada halangan dari pihak kami untuk bekerjasama dengan Doraemon kerana kami tahu watak kartun tersebut sentiasa dekat dihati rakyat Malaysia seperti mana makanan kami di Marrybrown,” kata Datin Nancy.

Doraemon merupakan sebuah siri manga keluaran Jepun yang sangat popular dari Fujiko F Fujio yang diperkenalkan pada tahun 1969, berkisahkan pengembaraan Doraemon, robot jenis kucing dari masa depan. Dengan kerjasama antara Marrybrown dan Doraemon, Marrybrown akan memberikan yang terbaik kepada setiap kanak-kanak yang ingin menyambut ulang tahun yang penuh bermakna.

Pakej Hari Jadi Doraemon boleh didapati secara eksklusif di semua outlet Marrybrown beserta dengan promosi dari Disember 2019 sehingga Mei 2020. Untuk maklumat lebih lanjut tentang pakej sambutan hari jadi Doraemon ini, sila layari https://marrybrown.com/birthday-party/.